JDR

Showing posts with label SHARING IS CARING *0*. Show all posts
Showing posts with label SHARING IS CARING *0*. Show all posts

10 Permintaan Syaitan

assalamualaikum..
perkongsian yang bermanfaat...
sama2 kite amik pengajaran...






10 PERMINTAAN SYAITAN



Ceritanya Rasulullah sedang berbicara kepada iblis dan bertanya apa saja permintaan iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT. Ada 10 permintaan iblis yang dikabulkan Allah .. Apa saja?

Nabi Muhammad : Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?
Syetan : 10 macam
Nabi muhammad : Apa saja?

Syaitan :

1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.
Allah berfirman : “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

4. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al Qur’anku.

7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
Allah swt berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan.” (QS Al-Isra : 27).

9. Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.

10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!!
Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119)
“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata:
“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong.”

kisah tauladan : menyesal kemudian tidak berguna

salam sume...
sekadar perkongsian...
jom bace dan ambil iktibar dari kisah ni.. 


Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata. Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit.. Seolah tak mampu aku menahan benda tadi… Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan. Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya. Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.Badannya dingin kulitnya membiru.
Siapa dia???

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi…

Siapa dia???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu….. Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku…

Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati… aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku. Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.





Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat. Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.



Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih. Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan.

Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…

tanda-tanda perempuan wajib kawen.Mesti Baca!!

salam malam selase.. sementare menunggu cite VANILA COKLAT ...tetibe dapat idea nak wat entry ni..hehehe

TANDA2 perempuan dah menggatai nak kawen cepat!!

1. suke layan drama or muvie2 cinta ..mule la hati bebunge2..kembang setaman lah org kate.. rase cam jelez gile tgk hero ngan heroin tu menggatal dlm cite tu.."apesal diowang ni cuwiittt sgt haa??' 
yang kowang plak exited terlebih tu apesal ha??? kah kah kah!!

"aku nak laki macam seth tan dalam cite nora elena tu..dah la macho..hensem..kaye..caring..cuwitt!! nak kawen ! nak kawen!"



atau

"waahhh..nak kene kawen paksa jugak lah mcm dlm cite Vanila Coklat ni!! sweet giler si amir ngan si zara ni weh!!"


2. Bile stress time study or time dekat nk exam je..akan terkeluar ayat  “aaarrgghhhh…x nak study dah..nk benti.nak kaaaaweenn!!!”
siap ade yg tepon mak ngadu kate nak kawen dah .x nak study!haaa...kowang g senyum2 tu penah buat le teww! hehe

3. Suke usya baju cantik2.. berangan nk wat baju tunang or nikah nnt. Asal lalu kedai baju yg jual baju lawa2..bling2.manik2..labuci2 je..mesti nak masuk tengok! Siap booking lg..
"haaaa…nak baju ni lah..tapi nk beli NANTI..haha"

cantek kan baju putih- hijau tu...waaaaaaaaaaaa nak!haha


4. bile kawan2 sebaya atau sepupu sepapat yg lebih kurang umo ngan kite sume dah kawen..
mula la tergedik2 jugak nk kawen tu kan!! 
bile pegi majlis diowang mula la pasang angan2 plus nk cilok2 idea majlis diowang ..
contoh cam.."eh..santeknye pelamin die..nnt nk pelamin cmni jugak lah!"
" Santek gile-tahap-gaban baju die..nk baju cm ni jugak la!"

tambah2 membuatkan semangat kowang membuak2 nak kawen bile kowang dapat tau yg EX-bf/gf kowang dah bertunang/ kawen..sentap kot! kah kah kah

 pengapit terlampau..hahaha

berangan lah tu!

5. Terase tergedik2 nak join kursus nikah anjuran pihak U. tambah2 lg yg 4th year..persediaan nak kawen terus lepas grad nnt katenye!

6. Tetibe penuh kat bloglist to sume blog2 fiance to be or bride to be..x pon blog mummy to be..
persediaan..persediaan..
belaja melalui pengalaman org lain lah kononnye!
x lupe jugak..suke blogwalk kt belog2 photograper..yg byk amik gamba pengantin..pastu feeling2 nak posing2 cam tu jugak!haha ..mule la pasang angan2..
"nnt nak amik potograper ni la amik gamba I kawen nnt"  
"nak jugak lah posing kat tepi tasik sambil bertentang mate dgn suami nnt!"

 cantek kan lawan aku yg sowang ni!!dah jadi bini orang dah..bestnyer!!

buat kawan2 ku..nnt aku nak gamba cmni jugak tau!! wahahahaaa
berangan lagi!

7. Mule concern dengan bentuk badan sendiri..dah start tanam azam berserta semangat yg tinggi nak kurus kan badan! X nak la nmpk gemok time sanding nnt..x gitu??
dah mula juge mengusha-ngusha saloon2 kecantikan..pakej2 spa..mandi lulur..facial muke bagai..

8.  hari2 ajak pasangan kowang kawen. x jemu ker?? =p
” B..bile u nk masuk meminang i?”
" B..jom la kawen…"


9. Dah mule cari name2 yg sedap2 yg canggih manggih nak letak kt bakal anak! Cehh..kawen pon blom dah cari name anak..hahaha
"b..nnt I nk letak name anak kite hanes jalikha x pon paten leyana yer..depe tu blogger femes..nnt anak kite pon leh jd pemes cam diowang jugek…hehe"

*****
dah la tu..malas dah aku nk pk..hahahaa
kalo kowang nk tambah pape ke...komen la ea..
kot2 dah terkena batang hidung sendiri ke..pon komen jugak!!! hehehe =p


PETUA : Mari Menghilangkan Dagu Berlapis!

assalamualaikum semua...

semenjak due menjak ni..aku ni dah jadi terajin nak menge-search petua2 utk kurus2 nih..x kire la kuruskan pipi ke..kuruskan muke ke..kuruskan dagu ke..kuruskan peha ke kan... yg paling utama skang ni, misi nak mengurangkan kadar pembiakan lemak2 tenusu aku ni...

xmo la grad nnt saiz jubah aku saiz L / XL !! wohhh..xmo xmo...

so...sementare semangat tgh berkobar2 ni.. aku nk kumpul la sume2 petua2 / tips2 kurus tu kt blog aku ni..senang la aku nk bace nnt..
diharap kowang2 sume x yah la pelik sgt kalo tgk blog aku tetibe jadi blog "kesihatan dan pelangsingan badan" hehehehe

so..First step..kite mule dari atas dulu la ea..start ngan muke... marilah kite menghapuskan lemak2 di dagu terlebih dahulu!! ayuh~~

dalam usaha nak menghapus lemak di dagu dan di pipi

sumber petua : 
http://www.epetua.com  
rajin2 la p bace petua kt situ..banyak gile petua yg bermanfaat!! 

Petua Menghilangkan Dagu Berlapis

dagu berlapis ni bukan sebab lemak lebih atau makan banyak je tau..banyak lagi faktor lain yang sebabkan dagu kite ni berlapis2 ala2 kek lapis...hehehehe..
termasukla cara duduk dan berjalan yg x betul.

1. Jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.

2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis.

3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.

4. Lakukan senaman dagu dan leher bila-bila ada waktu yangg terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv , atau ketika di pejabat.



PANDUAN PENTING~~

1. Pastikan anda menyertakan bahagian dagu dan leher setiap kali membersih, menyegar dan melembap.

2. Solekan juga perlu terselaras ke leher dan bahagian bawah dagu. Pastikan bedak alas disapukan rata hingga ke bahagian ini.

3. Jangan sapukan bedak alas di bahagian leher dengan menggunakan teknik dari atas ke bawah. Gunakan pergerakan dari bawah ke atas.

4. Dagu adalah antara bahagian muka yang paling berminyak dan banyak terdapat pundi minyak di situ. Masalah minyak terkumpul di bahagian dagu adalah perkara biasa. Pastikan ia dibersihkan dan dijaga dengan betul.



SENAMAN DAGU

1. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.


2. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yg boleh. Ulangi sebanyak 10 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.

3. Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.



TIPS TAMBAHAN~~



1. Buat senaman muka – a e i o u setiap pagi/ptg/mlm 40 kali semasa mengadap cermin untuk mencantikkan bentuk muka

2. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan – setiap pagi/ptg/malam 40 kali semasa mengadap cermin, untuk mengurangkan dagu berlapis


3. Berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan untuk menampung dagu, setiap kali bangun pagi selama 10 minit, siku di atas lutut – untuk mengurangkan dagu berlapis.


4. Berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dengan telapak tangan), siku di atas lutut, 10 minit untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi



dah tu..x kan bace je kan?? kene la start praktikkan...baru la impian menjadi kenyataan!! x gitu u ollss???






the scariest thing evaaaaaa!!

assalamualaikum dan selamat pagi bute..(entry ditaip tepat jam 12.55am)

dah lame x berHAPDET..so today..i just wanna share something with u ollss ..
for me..this is scary!! and most scariest thing i think!hehehee
poyo x tetibe spiking LoNDon??hahaa

saje nk merapu sikit..xkan x boleh kot?? kowang pernah x jumpe tengkorak?? pegang tengkorak?? mahupon bergamba mesra bersama tengkorak??
adakah kowang sume ni cukup berani nk berhadapan dengan tengkorak jika terserempak mahupon terpijak dengannyee??? x kire la tengkorak manusie ke..tengkorak binatang ke tengkorak mak hang ke..ehhh!!!
kalo aku le kan..hissshhh..idok le teman berani nk megangnye kome weh!!

presenting ...
THE SCARIEST THING EVAAAAAA.... 


 taddaaaaaaaaaaaa!!! amacam? terkezut x? 

x?? peh..berani nye kowang ni..
walaupon mende alah ni dah x bernyawe.... idok le teman sior nk megangnye!(translate: mmg TAK laa aku nk pegangnye!)

 boleh jual kt arkib ni kan?? letak kt muzium perak tu..bio budak2 kenai sikit ghope tengkorak keghobo!


 sesi tayangan kepada umum!


agak2 menjerit x kowang klo nmpk mende alah ni tergantung tgh mlm??? bukak langkah seribu le kome..
klo x die terbang dan menghantui hidup kowang sepanjang hayat..die terjatuh atas kepale kowang dan menyebabkan kowang bodoh sepanjang hayat!!hehehehehee


ade satu lagi mende yg menakutkan aku wat mase ni..senang cite gerun..ngeri..scary..scary movie..ehh!!

ni haaaaa......Jadual sem baru dah kuar..memo daftar subjek pon dah kuar...yg scary nye...sem ni TIDAK ADA  SUBJEK ELEKTIF utk bdak 4th year beb!!
dah tu..tgk la subjek2 tu..gile scary!! killer and scary subjek evaaaaaaaa!! subjek electronic yg paling tidak disukai ramai ...dah tu ADVANCED plak tu!!!
tambah palk beban FYP yg dah mcm buruh kasar dok bancoh konkrit hari2 tu lg...huhuuhu
tangan ku yg halus mulus ini sudah menjadi sepert berus dawai!
Ya Allah..permudahkanlah jalanku utk sem ini..amin.



gamba last ni tiada motif!!

haters??? i dont care!

LOVE





The more you have loved and have allowed yourself to suffer because of your love, the more you will be able to let your heart grow wider and deeper. When your love is truly giving and receiving, those whom you love will not leave your heart even when they depart from you. The pain of rejection, absence, and death can become fruitful. Yes, as you love deeply the ground of your heart will be broken more and more, but you will rejoice in the abundance of the fruit it will bear.

apabila diri sudah GUMUK!!





selamat malam eberibodi!!!
malam ni terase cam nk meratapi nasib jap..nk feel sedeh2.leleh2 sikit bile mengenangkan DIRIKU YANG SEDANG MENGALAMI KADAR PERTUMUBUHAN LEMAK YANG SANGAT  PESAT MEMBANGUN JAYANYA ini!


siyes sedeh! sedeh la weh..aku dah GEMOK!! waaarrrrgggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhh!!!! tension seyh!
badan GEMOK..muke BOLAT ...haish..pe nk jadi le ni... ish! ish! ish!




so..kt sini ,meh nak share sikit.. APE PERUBAHAN YANG PALING KETARA SEKALI BILA DAH JADI PENTERNAK LEMAK YANG SANGAT BERJAYA!!!


1. FIRST... perkara paling ketare sekali adalah ....
ALMARI LEBIH BANYAK MEMAKAI BAJU KITE DARI DIRI KITE SENDIRI! maksudnye banyak gile baju yg dah x muat nak pakai..sudahnye almari yg pakai! sadis kot!
ini juge bermaksud kite akan jadi semakin x bergaye sebab baju cantik2 sume dah x muat..last2 yg muat nye tinggal t-shirt ngan jeans je..no more blouse lawa..kemeje ke ape ke...
 Antara contoh baju yang almari aku je pakai skang adalah...




 baju ni..aku suke kot! dan..skang dah tinggal kenagan la nk pakai!! waaaa T_T

baju k0tak2 ni pon dah x muat... eh..cam kurus je muke aku tme ni..kan? kan? waaaaaaaaaaa T_T nk nanges! sobs sobs!

baju biru tu pon! tu antare baju feveret aku..baru pakai 2 kali je..baju tu 3 layer..SANTEK!..x de plak full dress nk tunjuk..tapi mmg sadis la..almari yg pakai skang ni..hhuhuhuuuuuuuuu


 yang ni..kalo pakai skang..abes nmpak la sume lemak2 dibadan!! wuhuuuu!!!


baju ni pon mengalami nasib yg same~~


2. perubahan nomb0 2 ... PIPI UMPAMA DI "BOTOX-BOTOX"kan..
dah x yah nak p kuar duit ribu riban nk wat treatment botox nk kasi tegang pipi tu.. Automatik pipi leh jadi mcm PIPI HAMSTER YG SIMPAN BERPULUH2 BIJIK KUACI kt dlm!!


nak tengok contoh pipi hamster??? 



ni haaa...........
comey kan hamster ni??? maksud nye..kalo pipi aku mcm hamster..maksudye pipi aku c0mey lah kan??
huahuahua


amacam?? kowang hado pipi 2 lapis?????
selalunye denga dagu 2 lapis..ni PIPI 2 LAPIS beb!!!



lihatlah wahai dunia..pipi sebakul ku ini!!!


3. dah..cukup2 la tgk pipi aku yg montoks itu..hahaha..kite beralih ke perubahan yg ketige.. MUKE KEREMAJAAN telah bertuka menjadi MUKE KEIBUAN!!! hahahahaa
kalo skang ni..kalo mengaku umo 20 pon owang dah x percaye dah weh!! muke dah macam muke MAK ORANG dah weh!! abes sudah ilang baby face aku..hehehehee




pipi aku ngan pipi baby tu same kn?? maksudnye aku comey same cam baby tu la kan???
bek kowang cakap yer! kalo x aku bako blog kowang!! hahahahaha.keji.



gamba ni nmpak mcm mak mude..haha.. 


4. ni last la kot..x larat dah aku nk cari2 gambo bagai! hahahaha
ok..last but not least...perubahan dalam care berposing di dalam gambar apabila diri sudah GEMOK!!
bile bergamba..sedaye upaya x nak amik full 1 badan..so..bile bergambar jadi closed-up jer!! x pon amik gamba muke separuh2..hahaha .. 
 CONTOHNYE camni...


urmmm...CAAKKK!!!



lihatlah mate ku yg BOLAT! wahahaa

cantik x mekap mate aku tu?? **tetibe jek tnye sal mekap! haha






ok..cukup la tu..cecah lantai dah entry! kowang xde nk share pape ke? ape perubahan kowang plak bile dah gemok??hehe

dulu..aku ni xde la kurus mane pon..tapi..kalo dulu..xde la lemak2 lebih keliling pinggang cam skang...memang sgt x puas hati ngan badan sendiri ahhh skang ni... (minah ni..cakap byk..nk kurus tapi x nak jogging..x nak diet! haish) tapi..ape leh wat...nak x nak kite kene terime diri kite seadenye..x gitu??

haa...sesape nk share tips kurus ke..produk pelangsingan ke... komen la ek..


i wish i get back my body..eceh!! hahaa

gambo d0lu-d0lu~~



2 gambo ni memang la x nmpk aku kurus mane pon kan..tapi..at least..aku selesa ngan badan aku dulu..peha aku kecik la sikit compare ngan yg skang ni! huh! sangat sadis!!! 



ni plak gambo paling latest..lengan pon dah mcm peha..kalo peha??? apatah lagi laa kan... T_T

light graffitti : limpahan cahaya di atas highway

selamat tengahariii eberibodiiii!!!!

bz ke ari ahad camni?? sunyi sepi je alam blogger ni ha..huhuhuuhu...
jom layan gamba2 yg ak dan adeq ak snap secare random dan mungkin secare kebetulan ade la yg cantik nyer...hehehehe


mempersembahkan....



contengan cahaya diatas highway!!!

ni gmba yg paling aku suke! marvelous bukan???







 huiyyoooo!!!









tarikh lahir keramat!

TARIKH LAHIR KERAMAT!!

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9




Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris

assalamualaikum sumer...
sebelom g kelas dan test BI ...nk share something ngan kowang sumer...
bagus info ni...
so..selamat beramal...




Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris :-


Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puh kiri puh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas.
(mcm Ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.


Ia berdasarkan hadith yang bermaksud :-

" Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan ( mengelakkan ) kamu dari segala sesuatu.( HR At-Tirmidzi )

Mintak Di Jauhkan.. amin...

kau dan aku berbezaa...kau lelaki..aku pompuan..

slamat malam Malaysia!!


masih lagi dlm mood nk membeza-beza dan mengapi-api kan  mengakaji-kaji mengapa begitu banyak GENDER DISCRIMINATION antara makhluk biru dan makhluk pink ..eh cop!! tetibe terpikir...kenape dalam warna pon dah ade diskriminasi??? kenape asal kaler pink je utk pompuan..kaler biru je utk lelaki...dan apsal toilet pompuan MESTI kaler pink..jamban laki je MESTI kaler biru??(aku gune pekataan jamban tu utk m'gambarkan toilet laki lg busuk..hehehehe)
ce kalo kite tuko sikit...sekali sekale tuko plak kaler jamban laki tu jadi kaler pink! baru lah JAMBUU!!!wuuhuuuuuuu...eh! maaf..termelalut pulak!



dah ler..cakap byk pon x gune derrr...tengok la sendiri~~

pasal pesbuk ni...eemmm...
NO KOMEN lah~~
hahahaha



x bleh blah btol la data shitt neh!!
(mmg saje nk eja sheet tu cm tu..harap maklum..wahaha)




haaa...ini bende yang MENAREK!!!
TANDA BACE pon nk menunjukkan simptom2 peperangan jantina jugak!!


yg ni plak menunjukkan MINDA WANITA YG MULTI-TASKING
xde la asyik ingat rokok dan pompuan montok je cm laki..oooppsss!!!


aku terbace sesuatu yg sangat bagus utk renungan bersama...


ni pasal beberape pompuan yg terpikir "jadi pompuan ni susah" x adil..nape laki boleh..nape pompuan x boleh...bla..bla ..bla.. emmmm...jom bace!


7 perempuan bertanya, 1 lelaki menjawab


lepas bace kt link tu, aku dpt moral of the story...
bersyukur lah pada Allah walau ape pon gender kite...KERANA..
KAU, AKU BERBEZA..TAPI KAU DAN AKU ISTIMEWA...




SEKIAN~
Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.

derma ikhlas

Popular Posts