JDR

PETUA : Mari Menghilangkan Dagu Berlapis!

assalamualaikum semua...

semenjak due menjak ni..aku ni dah jadi terajin nak menge-search petua2 utk kurus2 nih..x kire la kuruskan pipi ke..kuruskan muke ke..kuruskan dagu ke..kuruskan peha ke kan... yg paling utama skang ni, misi nak mengurangkan kadar pembiakan lemak2 tenusu aku ni...

xmo la grad nnt saiz jubah aku saiz L / XL !! wohhh..xmo xmo...

so...sementare semangat tgh berkobar2 ni.. aku nk kumpul la sume2 petua2 / tips2 kurus tu kt blog aku ni..senang la aku nk bace nnt..
diharap kowang2 sume x yah la pelik sgt kalo tgk blog aku tetibe jadi blog "kesihatan dan pelangsingan badan" hehehehe

so..First step..kite mule dari atas dulu la ea..start ngan muke... marilah kite menghapuskan lemak2 di dagu terlebih dahulu!! ayuh~~

dalam usaha nak menghapus lemak di dagu dan di pipi

sumber petua : 
http://www.epetua.com  
rajin2 la p bace petua kt situ..banyak gile petua yg bermanfaat!! 

Petua Menghilangkan Dagu Berlapis

dagu berlapis ni bukan sebab lemak lebih atau makan banyak je tau..banyak lagi faktor lain yang sebabkan dagu kite ni berlapis2 ala2 kek lapis...hehehehe..
termasukla cara duduk dan berjalan yg x betul.

1. Jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.

2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis.

3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.

4. Lakukan senaman dagu dan leher bila-bila ada waktu yangg terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv , atau ketika di pejabat.



PANDUAN PENTING~~

1. Pastikan anda menyertakan bahagian dagu dan leher setiap kali membersih, menyegar dan melembap.

2. Solekan juga perlu terselaras ke leher dan bahagian bawah dagu. Pastikan bedak alas disapukan rata hingga ke bahagian ini.

3. Jangan sapukan bedak alas di bahagian leher dengan menggunakan teknik dari atas ke bawah. Gunakan pergerakan dari bawah ke atas.

4. Dagu adalah antara bahagian muka yang paling berminyak dan banyak terdapat pundi minyak di situ. Masalah minyak terkumpul di bahagian dagu adalah perkara biasa. Pastikan ia dibersihkan dan dijaga dengan betul.



SENAMAN DAGU

1. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.


2. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yg boleh. Ulangi sebanyak 10 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.

3. Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.



TIPS TAMBAHAN~~



1. Buat senaman muka – a e i o u setiap pagi/ptg/mlm 40 kali semasa mengadap cermin untuk mencantikkan bentuk muka

2. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan – setiap pagi/ptg/malam 40 kali semasa mengadap cermin, untuk mengurangkan dagu berlapis


3. Berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan untuk menampung dagu, setiap kali bangun pagi selama 10 minit, siku di atas lutut – untuk mengurangkan dagu berlapis.


4. Berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dengan telapak tangan), siku di atas lutut, 10 minit untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi



dah tu..x kan bace je kan?? kene la start praktikkan...baru la impian menjadi kenyataan!! x gitu u ollss???






4 comments:

hihihi..sblm grade nnti hrp2lah dagu dah meruncing iyer..hihihi...

 

terbuat contoh senaman kat tepi tingkap....jiran tegur ko buat ape tu....

 

terbuat contoh senaman kat tepi tingkap....jiran tegur ko buat ape tu....

 

Post a Comment

Jika SENYUM ITU SEDEKAH,
KOMEN YANG BAIK_BAIK ITU JUGA SEDEKAH,
kerana kedua-duanya dapat memberikan sinar kegembiraan kepada orang lain..
=)

Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.

derma ikhlas

Popular Posts