JDR

Showing posts with label resepi pilihan arini... Show all posts
Showing posts with label resepi pilihan arini... Show all posts

nyum3~~


Double Chocolate Muffin



Bahan kering,

1¾ cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko - boleh dikurangkan
½ cawan gula - boleh campurkan dengan gula perang jika mahu
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
½ sudu kecil garam
½ cawan chocolate chips


Bahan basah,

1 biji telur
1 cawan susu
½ cawan minyak jagung
1 sudu kecil vanilla extract


Cara-cara;
 
Asingkan bahan basah dan bahan kering dalam dua bekas. Kacau bahan2 tu sikit.
Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul menggunakan senduk atau spatula. Hanya ratakan kesemua bahan sahaja. Adunan yang sudah siap, seterusnya boleh masukkan chocolate chips .
Masukkan ke dalam cawan kertas dan sedia utk dibakar 180 degree selame 20 minit...



Blueberry cookies

Blueberry cookies


Bahan-bahan ( anggaran 30 biji )

240g tepung
1sk baking powder
1 biji telur
80g gula halus
60g gula perang
1/2 biji kulit lemon-parut
beberapa titik esen vanila
100g mentega - suhu bilik
100g blueberry
Cara-cara

Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim
Campurkan kedua-dua jenis gula. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam mentega tadi sambil dikacau.
Pukul telur dengan garfu dalam 3-4 kali. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi. Kacaukan.
Masukkan pula kulit lemon yang diparut dan juga esen vanila. Kacaukan.
Ayak tepung dan bp. Lepas tu masukkan ke dalam adunan mentega. Masukkan juga blueberry. Kacau rata.
Alas dulang dengan oven peper. ambik satu sudu adunan dan dropkan ke atas oven peper tadi. Buat sampai habis. Tekan sedikit cookies dengan bahagian bawah sudu untuk jadi rata. Sebelum tu, celupkan bahagian bawah sudu ke dalam tepung.
Bakar dalam oven selama 10-12 minit dengan suhu 180C

chocolate chip cookies

salam ramadhan sumer~~
sejak semalam lg dah..ak dah dpt 1 semangat berkobar-kobar nk wat biskut rayer!!!
peh..x saba tol rsenye nk blk umah..nk mengerjekn dapo mak ak..
rse cm mcm2 nk wat ni!!(adakah semangat ini sementare saje??emmm..^__*)
semalam..byk giler resepi biskut rayer ak search!!hahaha 
semangat waja btol~~
jom masak2!!









Bahan- bahan : Bahan A:


240gm mentega

240gm gula halus
1 biji kuning telur

Bahan B:


120gm tepung jagung

300gm tepung gandum
120gm coklat chip
2 sudu besar serbuk koko
6 sudu besar milo
1/8 sudu soda bikarbonat
2 sudu besar susu tepung


Cara membuat :


1) Gaulkan semua bahan A sehingga sebati


2) Kemudian, bahan B, gaul sehingga sebati


3) Canai dan terap acuan berbentuk bulat


4) Sapu kuning telur dan hiaskan dengan coklat rice


5) Bakar dalam ketuhar dengan suhu 140 darjah celcius selama 20 minit.




selamat mencube~~ 

resepi pe lg ni??

arini rse cm nk post resepi la plak..alang2 aritu dah g joho...rse cm nk cari resepi laksa joho ni..hehe..
tp ak sndiri pon x penah rse lg..emm..bile la agaknye nk rse ek???
~_~




LAKSA JOHOR

800 gm spageti – direbus
600 gm ikan kurau
150 gm serbuk kari daging
1 senduk cili kisar
Sedikit tauge
4 ulas bawang merah
Sedikit lengkuas
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 batang serai * bawang merah, lengkuas, bawang putih, halia & serai dikisar (A)

Sedikit udang kering – ditumbuk
1 sudu besar pes udang
2 keping asam keeping
1 batang bunga kantan
2 liter santan
Minyak masak & garam
Cili kering
Pes udang * dikisar dibuat sambal

Cara membuat

1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan (A), pes udang dan udang kering.
2. Masukkan daun kesum dan cili kisar. Masak hingga garing.
3. Kemudian masukkan serbuk kari, isi ikan, santan, garam dan asam keeping. Biarkan mereneh atas api yang perlahan hingga kuahnya pekat.
4. Cara menghidang; masukkan spageti dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya dan bubuhkan sayur - sayuran. Hidangkan dengan sambal.

RESEPI BAEK PUNYER!!

arini nk post resepi la plak..td duk post lirik lagu..haha...
sedappnyer..klo tym2 cmni dpt mkn kek coklat !!waa...best nyer...
aritu dah penah buat..jadi tau!!haha..best2~~
nk wat lg..tp xde bajet la plak..emm..xpe la..nnt2 la plak ..=)

nk tau x resepi?? SENANG JE NI..RUGI LA KLO X TRY~~



KEK COKLAT KUKUS

BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk coklat

1 cawan gula pasir

1 cawan marjerin cair

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

3 biji telur (pukul)



CARA MENYEDIAKAN:

1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.

2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)

3. Angkat dan sejukkan.

4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.

5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.

6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.

7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.

8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

spagetti oh spagetti...

tetibe je cm teringin sgt nk mkn spagetti!!
aaaarrgghh...nk..nk..nk mkn!!
ne nk cari..??nk bli kt pizza?
peh..mahal kot!
ne de duit dah ni..tggu duit turun dr langit..x jugak turun2..hahaha
mimpi je lah..nk tggu ujan duit tu kan? =)
tp siyes rse lapo spagetti ni..emm..
cmne nk wat ek?
pe lg...g la googling~~

ni ha..dah jumpe resepinyer~~
nnt la nk wat..huuuuuuu

Spagetti


Bahan-Bahan:
1 paket spagetti
1 bungkus daging cincang Ramly
1 tin Prego pasta sauce
2 biji tomato yang dibuang kulit (cincang)
4 ulas bawang putih (dimayang)
1 biji bwg besar (dimayang)
Butter & minyak masak
Cendawan butang tin belah 4
Pepper, Oregano , Garam
Sedikit gula, Mayonis
Grated cheese


Cara:
Didihkan air dlm periuk dan masukkan sesudu minyak masak dan sedikit garam
Masukkan spagetti dan masak hingga lembut
Angkat dan toskan dlm tapis
Utk mengelakkan spagetti melekat, campur sedikit butter.

Kuah:
Panaskan butter yg dicampur dgn sedikit minyak
Tumiskan bwg besar dan bwg putih hingga garing
Masukkan daging cincang dah masakkan hingga daging masak
Masukkan 1 tin Prego pasta source, cendawan butang, peeled tomato, Kacau.
Masukkan oregano, pepper, garam, gula, kacau.

Letakkan spagetti dlm pinggan,
tuangkan kuah di spagetti,
letak sedikit mayonis dan taburkan cheese.

Kalau nak buat kuah tu cair, tambahkan air.





Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.

derma ikhlas

Popular Posts