JDR

Nasihat kepada ibu bapa anak memandu tanpa lesen

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Harap ibu bapa dapat kawal anak-anak sendiri, jangan benarkan mereka memandu tanpa lesen. Anak-anak ni depan kita bawa perlahan, belakang kita siapa yang tahu ?

*************************

Remaja parah dalam kemalangan
Sinar Harian 20 Sep 2010

PEDAS - Dua remaja parah apabila motosikal yang ditunggangi mereka bergesel antara satu sama lain sebelum melanggar sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 1, Jalan Pedas- Kundur-Linggi, dekat sini kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, dua remaja berkenaan masing-masing menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dan
Modenas Kriss cedera parah.

Mangsa, Saifullah Helmee Kamarulzaman, 13, patah kaki, manakala Mohd Hanafi Md Saderi, 14, cedera parah di kepala.


Seorang lagi pembonceng salah sebuah motosikal terbabit mengalami cedera ringan dan dirawat di
Klinik Kesihatan Pedas sebagai pesakit luar.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku apabila dua buah motosikal terbabit bergesel lalu hilang kawalan menyebabkan kedua-duanya memasuki arah bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Proton Saga.


Menurutnya, kedua-dua mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk rawatan lanjut.


Sementara itu, pemandu Proton Saga berkenaan yang dikenali sebagai Suthershen, 19, berkata, dia terkejut apabila melihat dua buah motosikal itu hilang kawalan, lalu melanggar kereta yang dipandunya.


Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman KSNS, Chembong dan terpaksa membrek secara mengejut.


“Kejadian berlaku terlalu pantas. Selepas kejadian saya melihat kedua penunggang motosikal itu jatuh dan terbaring di atas jalan raya.


“Saya menjadi cemas kerana salah satu motosikal terbakar di bahagian depan tetapi api tersebut berjaya dipadamkan orang ramai yang berada di kawasan kejadian,” katanya ketika ditemui
Sinar Harian di lokasi kejadian.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8193267.asp


Naik motosikal berempat : Remaja 14 tahun maut


MELAKA 14 Sept. 2010 - Hanya deraian air mata mampu menggambarkan perasaan sedih seorang bapa yang terpaksa memangku anaknya yang sedang nazak setelah terbabit dalam kemalangan.


Insiden menyayat hati itu berlaku kira-kira seminit sebelum remaja berkenaan menghembuskan nafas terakhir selepas parah apabila motosikal dinaikinya bersama adik dan dua rakannya terbabas di
Bukit Beruang di sini malam tadi.

Lebih memilukan, kemalangan berlaku tidak lama selepas remaja itu,
Khairul Anuar Shahrir, 14, meraikan rakan-rakannya sempena Hari Raya Aidilfitri di rumahnya di Kampung Bukit Beruang yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Tiga pembonceng yang terselamat dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam tadi ialah adiknya, Khairul Areff, 9, dan dua rakan mereka dari Taman
Bukit Katil iaitu Mohd. Shidi Rashid, 14, dan Iffwandi Atan, 12.

Bagaimanapun, Iffwandi ketika ini dilaporkan koma di Hospital Melaka sementara Khairul Areff mengalami patah tangan kiri dan terseliuh di leher manakala Mohd. Shidi patah tangan kiri.


Pegawai Turus Trafik Melaka Tengah, Asisten Supritendan Poonam A. E. Kling berkata, siasatan awal mendapati, motosikal dinaiki empat remaja itu datang dari arah lampu isyarat Taman Kerjasama menuju ke Jalan Istana Melaka.


"Sebaik sahaja tiba di satu selekoh Jalan Bukit Beruang berhampiran
Taman Bunga Raya, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka sementara tiga lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Melaka," katanya ketika di hubungi di sini hari ini.


Sementara itu, bapa Khairul Anuar, Shahrir Salim 48, berkata, hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya memangku anak keenamnya daripada lapan beradik itu di saat-saat sebelum menghembuskan nafas terakhir.


"Kira-kira pukul 9.20 malam, saya ada menegur Nuar (Khairul Anuar) yang ketika itu sedang sibuk meraikan rakan-rakannya makan di rumah tetapi dia hanya diam dan meneruskan makan sambil melayani rakan-rakannya.


"Beberapa minit selepas itu, arwah memang ada beritahu saya hendak keluar mengambil radio di rumah rakannya tetapi saya menyuruhnya jalan kaki sahaja kerana jaraknya yang dekat," katanya ketika ditemui di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang di sini.


Turut menziarah keluarga mangsa ialah Ketua Menteri,
Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Shahrir menambah, dia mendapat panggilan telefon mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 10.15 malam daripada orang awam yang mendapatkan nombor telefon bimbitnya daripada Khairul Areff.


"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, saya lihat badan arwah telah dihempap motosikal dan ketika itu dia masih bernyawa tetapi dalam keadaan yang sudah nazak namun sempat membantunya mengucap," katanya menahan sebak.

1 comments:

manusia neh makin ditegah makin la nak buat

 

Post a Comment

Jika SENYUM ITU SEDEKAH,
KOMEN YANG BAIK_BAIK ITU JUGA SEDEKAH,
kerana kedua-duanya dapat memberikan sinar kegembiraan kepada orang lain..
=)

Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.

derma ikhlas

Popular Posts